Bolasepak tetap menjadi daya tarikan kepada semua rakyat Malaysia kerana ianya tetap menjadi sukan no1 yang telah lama sebati di dalam diri setiap rakyat Malaysia. Generasi ke generasi, bolasepak telah diperturunkan supaya menjadi satu minat sebagai pemain atau sekadar penonton. Atas dasar inilah, pencapaian bolasepak negara akan terus menjadi isu sensitif kerana rakyat Malaysia begitu dahagakan kejayaan sebagaimana yang telah dicurahkan oleh pasukan Malaysia pada tahun2 70an, 80an dan awal 90an.
Isu latihan pasukan skuad Harimau negara telah diredakan dengan keputusan pengurusan baru FAM yang akan meneruskan latihan pasukan di Slovakia. Ini adalah satu keputusan yang amat tepat kerana inilah yang terbaik buat skuad Harimau tersebut. Hanya melalui latihan dan pendedahan pertandingan di luar pada kotak dunia bolasepak Malaysia sahaja lah, pasukan ini mampu mempertingkatkan tahap skil, kemahiran berpasukan, semangat berpasukan dsbnya. Skuad Harimau ini mesti dijauhkan daripada terlibat dengan kancah MSL atau liga tempatan kerana ianya akan memusnahkan seluruh kemahiran yang dipelajari semasa di luar negara. Biarlah liga tempatan dengan dunianya sendiri. Biarlah para pemain MSL dengan angan2 mereka sendiri yang hanya untuk memenuhi minat ketagihan mereka pada bolasepak. Sebenarnya, tiada apa yang ada di dalam MSL yang boleh membantu para pemain yang inginkan perubahan untuk menjadi pemain bolasepak yang lebih profesional. Jika inginkan sebuah pasukan negara yang lebih sistematik permainannya dan lebih berkemahiran pemainnya, maka janganlah dilibatkan skuad tersebut ke dalam liga MSL atau liga tempatan. Hakikat tetap hakikat yang perlu ditelan oleh semua pihak termasuk FAM sendiri. Malaysia belum bersedia untuk sebuah liga seperti MSL. Kita memerlukan semua pasukan yang ingin menyertai MSL melakukan perubahan pada pasukan mereka sebelum menyertai MSL. Jika semua pasukan ingin melihat sebuah MSL yang bermutu tinggi maka semua pasukan pengurusan mesti melakukan seperti apa yang dilakukan oleh FAM untuk skuad Harimau. Setiap pasukan mesti dihantar untuk latihan dan pertandingan di luar Malaysia untuk satu tempoh yang agak panjang -supaya semua pemain di dalam semua pasukan dapat merasai bagaimana untuk bermain bolasepak dengan lebih kemahiran individu dan berpasukan. Apabila mereka sudah biasa dengan suasana latihan dan pertandingan luar negara, menentang pasukan yang lebih berkemahiran, maka mereka akan membuat satu perubahan pada diri dan seterusnya pada pasukan. Corak permainan akan berubah apabila skil invidu sudah berubah. Pada tahap ini, tugas Jurulatih akan kembali pada tugasnya yang paling utama-taktikal&strategi perlawanan.
Apabila semua pasukan melakukan demikian dan telah berada dalam tahap yang 'bersedia', maka mereka bolehlah menyertai MSL. Nescaya, selepas itu akan nampaklah satu perubahan besar pada MSL dan akan lebih berkualiti tahap pertandinganya. Cuma tinggal satu lagi masalah yang harus di selesaikan...judi&rasuah...itu pun kalau ada laahhh..
No comments:
Post a Comment