Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Friday, December 17, 2010

Kemaman Perlukan Persempadanan Semula Kawasan Ekonomi

Usaha Dato' Seri Ahmad Said dalam meningkatkan ekonomi negeri Terengganu atau daerah Kemaman amatlah dipuji. Beliau cukup agresif di dalam perancangan dan pelan tindakan untuk tujuan peningkatan ekonomi dan peluang perniagaan di seluruh pelusuk daerah.
Namun Dato' Seri perlu juga sedar bahawa tahap pembangunan daerah Kemaman adalah tidak berapa sekata atau 'balanced' seperti bandar2 lain, contohnya Kuantan. Maksudnya di sini, kawasan2 utama yang ada pembangunan cuma beberapa tempat sahaja seperti Chukai, Binjai dan Kijal (baru bermula). Oleh sebab itu, apa saja projek baru yang dibuat oleh pihak kerajaan, cukup memberikan impak yang besar kepada kawasan2 lain secara total. Contoh terbaik adalah dengan pembukaan cawangan pasaraya hypermarket 'Giant' di bandar baru Kijal. Pembukaan tersebut amatlah dialu2kan oleh semua rakyat sebagai pengguna tetapi yang paling merana adalah peniaga2 kedai runcit di seluruh daerah Kemaman yang rata2nya adalah orang melayu. Jika pembangunan daerah Kemaman berada pada tahap seimbang, di mana semua tempat2 seperti Geliga, Kuala Kemaman, Chukai, Air Putih, Bukit Kuang, dll telah sedia dibangunkan menjadi 'bandar baru setelit' seperti yang berlaku di Kuantan, maka kesannya tidaklah besar tetapi menjadi lebih baik untuk persaingan. Kawasan2 lain mesti dibangunkan terlebih dahulu sebelum melakukan kejutan2 seperti ini. Biarlah Geliga terbangun menjadi bandarnya yang tersendiri atau Binjai sudah maju menjadi bandar baru dengan kawasan perniagaan yang telah mapan, barulah projek2 seperti hypermarket ini tidak memberikan kesan kepada kawasan2 lain.
Inilah yang dinamakan persempadanan semula kawasan ekonomi, supaya semua kawasan mempunyai pembangunan yang lebih seimbang dan seluruh daerah sedia menerima apa saja perubahan baru yang sememangnya dialu2kan oleh rakyat.
Impak segera yang boleh dilihat hasil dari pembukaan 'Giant' adalah peniaga2 kehilangan pelanggan dan juga tenaga kerja. Perlu diingat bahawa tenaga kerja yang ada di Kemaman adalah terhad kerana terpaksa bersaing dengan industri minyak&gas. Untuk menghidupkan pasaraya tersebut, meeka terpaksa 'menyedut' semua tenaga kerja yang ada di daerah kemaman dan mungkin pada satu tahap akan menyebabkan 'ketidakseimbangan' dlm sektor sumber manusia di Kemaman. Kajian harus dilakukan dengan segera sebelum   ianya menjadi lebih parah pada masa akan datang.
Para peniaga2 melayu akan tersepit di tengah2 - tanpa lesen borong di tangan dan harga pasaran yang rendah. Maka akan ramailah peniaga2 yang terpaksa menutup kedai selepas ini. Kita tidak mempunyai lesen Pemborong untuk mengawal harga dan terpaksa pula menjual dengan harga murah untuk mengimbangi harga yg ditawarkan oleh 'Giant'. Dalam masa yang sama perlu pula mematuhi harga siling Kerajaan. Maka tersepitlah mereka di tengah2 gelanggang!!!!

Friday, December 3, 2010

Scam in UN Employment program

Please be aware if you would like to apply for any position in United Nation(UN) through online. Please ensure you make a further confirmation from local UN office before yo make any commitment to join.

Normal case would be, you would be informed that after screening, you are eligible for a training session prior to your employment with UN. The training would be conducted in 3 centers-London, NY and China. Then you would be asked to pay 'Refundable Fee' for the training session, depending on the location of the center or whether the training would be done through online or at the center.

Please make sure you make further checking of the email sender with any local UN Office/Rep before you proceed and if you happen to receive those email, please sent it to scamalert center in UN.

Tuan Rumah Pila Dunia

Seperti yang sudah diumumkan oleh Sepp Blatter, Presiden FIFA, tuan rumah bagi Kejohanan Piala Dunia bagi tahun 2018 adalah Russia dan pada tahun 2022 adalah Qatar. Pengumuman cukup mengejutkan ramai pihak kerana kedua2 calon tersebut adalah calon 'underdog' disebabkan oleh beberapa faktor.

Russia, contohnya, adalah sebuah benua yang cukup luas dan mereka memerlukan satu perancangan yg cukup teliti untuk menangani masalah tersebut. Soal cuaca yang pelbagai juga menentukan faktor logistik semasa kejohanan. Walaubagaimanapun, dengan adanya sokongan dari Abrahammovich, pemilik Chelsea dan juga sokongan yang kuat dari kerajaan Russia, diyakini masalah tersebut dapat diatasi. Kekuatan undi untuk Russia mungkin adalah kerana inilah pertamakali benua Eropah Timur dipilih menjadi tuan rumah. Dikhabarkan juga undi utk Russia pd pusingan pertama hanyalah 9 undi dari 26 ahli yang mengundi, cuma sedikit sahaja mengatasi negara lain. Tetapi London telah terkeluar dari senarai pd pusingan kedua kerana hanya mendapat 2 undi saja semasa pusingan pertama. Kedua2 undi London telah pergi kepada Russia semasa pusingan kedua.

Qatar pula lebih berpihak pada 'dunia arab' yg belum lagi menjadi tuan rumah. Dari segi kemampuan, Qatar tidak perlu lagi dipertikaikan. Kualiti/prestasi bolasepak di Qatar juga telah meningkat dengan mendadak di mata dunia. Tapi sungguh mengejutkan kerana Qatar turut mengalahkan US yg turut menjadi calon pd tahun 2022 dengan Bill Clinton mengetuai barisan pelobinya.

Apa pun, Sepp Blatter sudah melakukan tugasnya dengan memberika peluang kepada semua benua untuk menjadi tuan rumah kejohanan paling berprestij di dunia ini.

Tahniah buat Sepp Blatter.

Wednesday, December 1, 2010

Pasukan Takraw Malaysia - Ke mana arah tujuan?


Sukan Asia Ghuongzhou telah membuktikan segala-galanya. Aksi & keputusan telah menunjukkan bahawa pasukan takraw negara masih lagi ditakuk lama dan masih dibuai mimpi kenangan2 lama semasa zaman Adnan Saidin. Paskan negara perlu sedar bahawa negara2 lain sudah mengorak langkah yg panjang untuk maju dlm sukan takraw. Negara China umpamanya sudah membuktikan bahawa dengan latihan dan teknik yg berkesan mampu menggugat kuasa2 besar lain seperti Thailand. Jepun juga turut mempamerkan keunggulan mereka dlm takraw.
Dan Malaysia..masih lagi bermain2 dgn politik dlm persatuan..masih lagi bergelut dgn perebutan jawatan dan bukannya memikirkan program2 yg lebih berkesan untuk menguatkan pasukan negara. Semua orang tahu bahawa sekarang ini kunci kejayaan bagi mana2 regu adalah 'servis' yg baik - tajam dan mengelirukan. Kita pun sudah menyaksikan bagaimana pasukan kita tidak mampu mengembalikan 'servis' lawan walaupun kita adalah pasukan yg paling veteran dlm dunia takraw di dunia. Namun, apakah yg telah kita lakukan untuk mengatasi masalah ini?
Kita masih lagi berada dlm sindrom 'takutkan thailand'. Sindrom ini telah menghantui kita sudah lama hingga kita lupa pada pasukan lain yg banyak kali telah menewaskan kita. Ibarat kata..takutkan singa tikus pun kita kalah.Bangkitlah dari lena tidur...usahlah bergelut dgn politik persatuan...aturlah langkah y terbaik...kembalikan maruah negara dlm takraw di persada dunia....

Pasukan Bolasepak Malaysia

Kepada pasukan bolasepak Malaysia, selamat berjuang di dalam Kejohanan Piala Suzuki di Jakarta. Jika anda menang, maka anda cukup bernasib baik kerana kualiti anda belum cukup untuk menyaingi pasukan lain. Kita belum cukup kuat untuk menyaingi Indonesia atau Thailand. Kita mungkin kalah pada Laos.

Ini bukannya satu cemuhan tetapi satu hakikat yang mesti diterima oleh FAM. Kita cuma mengharapkan pada 'Tuah' setiap kali bertanding. Hakikatnya, kita belum mampu mempunyai lapisan pemain yang benar2 berkualiti untuk menyaingi pemain negara lain.

Sekali lagi ingin mengingatkan FAM bahawa cara yang terbaik untuk membentuk lapisan pemain ialah dengan meningkat kualiti pemain2 secara individu. Liga Malaysia telah terjebak dengan era permaianan bolasepak yang masih ditakuk lama. Masih lagi dibelengu dengan sindrom 'bola&gaduh'. Pemain2 bla berada di dalam ketakutan kerana bila2 masa saja pemain boleh bergaduh di dalam padang dan bukannya bermain bolasepak. Permaianan bolasepak tempatan terlalu dicemari dengan aksi2 yg negetif yg cukup menakutkan. Yg gagah akan menang tetapi yang mempunyai skil akan terus menjadi mangsa permainan.

Setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia perlu dihantar ke luar negara untuk sesi latihan atau sesi pendedahan supaya mereka memahami bagaimana untuk bermain bolasepak dalam liga. Setelah prestasi mereka telah terbukti berkualiti barulah mereka dibenarkan untuk bermain dalam Liga Malaysia. Jika semua pasukan terpaksa berbuat demikian, maka akan lahirlah Liga Malaysia yg berkualiti dan seterusnya jurulatih akan lebih efektif untuk memikirkan soal2 taktikal.

Kita harus bertindak sekarang demi untuk kemajuan bolasepak negara. Bukti yg nyata adalah pasukan olimpik belia Malaysia yg dilatih oleh Hatem Sousi semasa Kejohana tersebut berlangsung di Malaysia. Pada waktu itu, cukup terserlah kita mempunyai pasukan negara yang mantap dan mampu menyaingi pasukan Indonesia atau Thailand. Jika pasukan tersebut didedahkan dengan Liga Malaysia sebelum dibentuk pasukan, maka rasanya Hatem sousi pun gagal.

Usahlah memandang pada Jurulatih sahaja kerana jurulatih yg terbaik belum tentu dapat membentuk pasukan Malaysia yg mantap. Cubalah ambil Mancini atau Jose Maurinho atau Alex Fergusson untuk jadi jurulatih negara, adakah keadaan akan berubah?? Bryan Robson setuju menjadi jurulatih Thailand pun ada sebabnya...kerana dia yakin pada pemain2 yg ada di Thailand...jika tidak rasanya dia pun tidak berani menperjudikan 'nama'nya sebagai jurulatih Thailand.

mencari diri mu

ku kenal nama tapi tak tahu siapa
ku kenal rupa tapi entah di mana
cuma ada rasa
cuma ada cinta
ingin ku seru nama tapi ke mana
ingin ku tatap orangnya tapi di mana
ingin ku sentuh kulitnya tapi untuk apa
entah ada entah tidak
entah diam entah gerak
mencari diri mu bagai mencari waktu antara purnama dan gerhana
boleh dirasa tapi entah apa namanya
mencari diri mu bagai mencari desir angin utara
boleh disasar tapi halus hilangnya


entahlah...kekadang kecewa juga
mencari diri mu...entah di mana...

Wednesday, September 29, 2010

Cadangan Pasukan Pemantau Kualiti Kerja Projek Kerajaan

Sudah sampai masanya kerajaan melantik satu badan bebas sebagai 'Pasukan Pemantau Kualiti Kerja Projek Kerajaan' sebagaimana yg dimainkan oleh PAC utk memantau sistem kewangan/akaun kerajaan.

Pasukan ini akan berperanan utk memantau, membuat pemeriksaan secara berjadual, membuat cadangan2 peningkatan kualiti, memberi pengiktirafan jika kualiti kerja yg ditunjukkan adalah tinggi atau memberikan cadangan supaya kontraktor di senarai hitamkan jika kualiti kerja tidak memuaskan.

Aspek kualiti yg diperiksa mesilah juga mengambil kira pendapat awam-sebelum, semasa dan selepas projek dijalankan. Pendapat awam mesti menjadi antara faktor utama yg diambilkira semasa pasukan tersebut membuat pemantauan.

Kos penubuhan penubuhan pasukan ini agak membebankan tetapi jika dibuat perbandingan dengan penjimatan kos projek hasil dari kualiti kerja yg baik dan tahap kepuasan pelanggan yg tinggi(org awam/rakyat) maka kosnya tidaklah sebesar mana. Paling penting rakyat cukup berpuashati dgn hasil kerja projek kerajaan dan bila rakyat mengangkat ibujari..tidak perlu lagi susah hati bila tiba pilihanraya....

Sweet Memories

Honda c65-1968

Honda c70

Honda c70
Honda c50

Still remember these bikes?? Please take alook again on these bikes and think deeply on our sweet memories that we used to have in old days..when we were young...when we were still a kid....

We might still remember who was the rider...our dad..our big brothers...our uncles...and we used to seat at the back while riding around the village..feel the fresh air...feel the wind blow our face while we hug tightly to our dad waist.....

Have we forgotten the time?? Have we forgotten the sweet memories??? Well if you do please take a look again on these picture and try to picture the moment...and if you have the sweet memories like that..and your dad is still around..why dont you drive back home and spare some time with him..while he is still around....while you have the chance.....

Wow..what a great memories of 70's...80's...90'.....

Tuesday, September 28, 2010

Kuati Kerja Projek Kerajaan

Saranan kepada semua jabatan2 kerajaan dan pihak berkuasa tempatan supaya lebih prihatin tentang kualiti kerja kontraktor2 yg dilantik untuk membuat kerja2 yg melibatkan kepentingan awam. Biarlah kerja yg dibuat lebih teratur, sistematik dan berkualiti sebagaimana yg disarankan atau digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan melalui pelbagai program kualiti.

Jika dipihak swasta, kesemua aspek kualiti menjadi percaturan yg paling penting, kenapa tidak di dalam projek2 kerajaan? Sepatutnya keseluruhan proses kerja utk semua projek2 kerajaan melalui prosedur yg telah ditetapkan, daripada dokumen tender, pemilihan kontraktor, pemberian kerja hinggalah ke projek disiapkan utk penyerahan. Janganlah kerana adanya tekanan politik dari mana2 pihak, ada pihak yg terpaksa menutup mata dari melihat aspek kualiti tersebut. Yang merana adalah rakyat kerana mereka terpaksa hidup dgn hasil kerja yg tidak berkualiti. Yang menderita juga rakyat kerana duit rakyat yg habis untuk membaiki kerosakan hasil dari kerja yg tidak berkualiti.

Ingatlah bahawa kerja kita adalah amanah rakyat, kita kerja utk rakyat, utk kepentingan awam dan kita mesti menjawab kepada rakyat jika berlaku kepincangan. Jika semua pihak memahami konsep asas ini, maka pasti semua projek2 kerajaan, samada jabatan atau pihak berkuasa tempatan akan lebih jimat dan berkualiti untuk kepentingan awam.

Peperangan Politik Bakal Bermula

Al Fatihah dan Takziah buat keluarga ADUN Galas.


Perginya Allahyarham Che Hashim, akan memulakan satu peperangan politik yang bakal menyaksikan semua parti2 politik di Malaysia berlumba2 untuk menunjukkan kekuatan masing2. Walaupun semua sudah arif bahawa Galas tetap menjadi kubu kuat PAS dan Kelantan tetap akan menjadi milik PAS selagi Tok Guru Nik Aziz masih bersama dengan rakyat.

Peperangan ni menjadi satu kebetulan pula dengan parti PKR baru saja selesai dengan perhimpunan agung partinya yang menyaksikan pelbagai 'kompang' dan 'dongdang sayang' ditunjukkan di layar tv untuk menunjukkan betapa rapuhnya hubungan antara ahli berbanding dgn UMNO. Mungkin Galas bakal menjadi medan utk barisan pemimpin PKR yang baru utk membuktikan bahawa kepimpinan mereka diterima oleh ahli majoriti atau mungkin juga menjadi wacana untuk ahli membuat 'undi protes' kerana kepimpinan baru PKR sudah menjadi lambang wujudnya 'nepotisme' dlm parti.

Buat UMNO, Galas pasti menjadi KPI yg paling penting bagi mengukur keberkesanan kepimpinan DS Najib yg telah melakukan yg terbaik utk memacu ekonomi negara ke tahap yg tertinggi. Kita tunggu dan lihat apa lagi yang akan ditawarkan kepada penduduk Galas jika BN memenangi pilihanraya kecil tersebut. Cuma adalah dicadangkan kalau boleh biarlah Dato' Pa yg menjadi teraju utama utk pilihanraya ini berbanding dgn Dato' Awang kerana rakyat kelantan masih lagi 'terngiang2' di telinga mereka akan isu 'lesen judi bola' yg semua tahu adalah satu isu yg sensitif. Atau pun biar saja Dato' Annuar Musa menggalas cabaran di Galas.

Pas sendiri mungkin agak sukar mencari calon yg sesuai kerana sudah nampak tanda2 pihak yg mengintai2 jawatan MB selepas Tok Guru, akan cuba melobi calon pilihan mereka sebagai calon ADUN Galas. Jika tidak berhati2, ianya mungkin menjadi 'api dlm sekam' buat PAS Kelantan. Perlu diingat juga, pilihanraya ini bakal menjadi 'perang saraf' antara PAS dan UMNO dengan UMNO akan menggunakan keseluruhan kemahiran peperangan yg dimiliki utk meretakkan dinding kekuatan PAS sedikit demi sedikit.

Apapun, kita tunggu dan lihat saja apa yg bakal berlaku di Galas. dan salam Takziah sekali lagi buat keluarga Allahyarham Che Hashim, semoga dicucuri rahmah dan dihimpunkan bersama dgn org2 soleh di akhirat.

Friday, September 24, 2010

Ke mana arah politik di Kemaman

Sebagai daerah paling kaya di Terengganu, Kemaman mesti menjadi contoh yang terbaik kepada semua daerah2 yang ada di Terengganu-Dungun, Marang, K.Terengganu, H.Terengganu, Setiu dan Besut. Ini termasuk  juga dengan iklim politik yang ada tambahan lagi MB juga berasal dari daerah Kemaman. Kedengaran desas-desus yang kuat menyelubungi suasana politik di Kemaman, di mana pada pilihanraya akan datang, PRU13, yang dijangka pada oktober 2011, ramai calon2 muda akan diketengahkan sebagai calon2 BN dalam DUN dan juga Parlimen.

Jika benar khabar tersebut, saya benar2 berharap pihak BN telah memikirkan perkara tersebut dgn sedalam2nya dan telah mengambil kira semua aspek akar umbi sebelum mengambil keputusan. Diharapkan keputusan ini bukannya keputusan perseorangan walaupun mempunyai kuasa untuk memutuskannnya.

Ini adalah kerana pemilihan org2 muda sebagai calon mempunyai pro&kontra yg terlalu banyak namun natijahnya ditakuti mempunyai lebih kontra yg boleh mengakibatkan keadaan politik di Kemaman menjadi lebih 'barah' dari sekarang dan mungkin boleh menjadi asbab untuk menerima 'undi protes' semasa pilihanraya PRU13.

Menjadi calon dari kalangan pemuda amatlah membanggakan golongan muda tetapi harus diingat juga, golongan yang menstabilkan masyarakat adalah golongan veteran@org lama yang telah banyak menabur jasa kepada masyarakat. Jasa&budi berkait rapat dengan lamanya masa seseorang itu hidup dan berkhidmat pada masyarakat. Pemuda memanglah ada yang begitu bersemangat untuk menabur bakti dalam politik tetapi ada bahaya juga biila mereka berada ditampuk kuasa. Ramai pemuda yang tewas apabila mempunyai terlalu banyak kuasa ditangannya. Keghairahan ini lah yang banyak memberikan kesan negetif pada pentadbiran negeri atau negara dan seterusnya menampar parti pemerintah semasa pilihanraya.

Kalu kita lihat dalam perkhidmatan kerajaan, tentera, polis, atau kebanyakan syarikat swasta, di mana kenaikan pangkat seseorang itu banyak mengikut unjuran umur dan hanya yang benar2 berpengalaman, cukup haulnya sahaja yang boleh memegang jawatan tertinggi utk satu2 jabatan. Jarang benar berlaku 'lompat' atau 'skip' di mana org muda diangkat menjadi teraju utama.

Biarlah Pemuda dibiarkan dengan tugasan untuk menyokong golongan 'org lama' dalam pentadbiran parti atau kerajaan. Apabila sudah sampai usianya, barulah Pemda diangkat mnyertai golongan 'org lama' dan dicalonkan dlm pilihanraya. Perlu diingat, golongan lama mempunyai banyak pengaruh dan komuniti yang menyokongnya. Mereka telah lama membentuk suatu pakatan yang memberikan sokongan pada parti semasa pilihanraya. Janganlah ingat jika ada Pemuda yang mampu mengumpul golongan remaja yang ramai untuk menjadi pengundi dan memastikan kemenangan mereka dlm pilihanraya, maka Pemuda dianggap mempunyai pengaruh yang yang kuat. Tidak sebenarnya kerana perlu diingatkan juga, remaja bukannya penentu kestabilan masyarakat kerana kehendak/karenah mereka hanya bersifat sementara dan boleh berubah-ubah. Pastinya Pemuda akan pening kepala untuk memenuhi kehendak mereka selepas pilihanraya nanti.

Kepada Pemuda-Pemuda BN yang begitu ghairah untuk mendapatkan kuasa, saya nasihatkan banyakkanlah bersabar kerana jika anda berkualiti, masanya akan tiba juga tetapi berilah peluang untuk 'org2 lama' menabur bakti pd masyarakat. Janganlah Pemuda berhasad dengki tetapi terus memberikan sokongan yang ikhlas demi  bangsa dan negara. Biarlah Kemaman menjadi contoh pada yang lain...

Selamat Hari Lahir Buat Bonda

Bonda yang tercinta,
dengan rasa penuh tahajjud ku ucapkan selamat hari lahir buat mu
tanda terima kasih tanda syukur tanda munajat
kau masih ada di sisiku
bersama anak anakmu
bersama anak menantu
bersama cucu cucu
untuk ke 57 kali nya

Bonda yang tercinta,
kau tetap gagah menyokong keluarga
walau tanpa ayahanda di sisi
masih sama mesra seperti aku bayi
tangan yang sama membelai aku
kini masih kuat membelai anak anak ku
tanpa keluhan 'bilakah aku boleh berehat'
keluar dari mulut mu

Bonda,
usahlah kau gusarkan tentang kami
kami telah berjanji
untuk menjagamu hingga hayat nanti
gembirakan hatimu dengan kasih sayang kami
tenangkan hatimu dengan doa kami
lapangkan dadamu dengan gurau senda kami
usahlah gusar lagi
bonda tetap milik kami

Bonda yang tercinta,
untuk ke sekian kalinya,
kami ucapkan Selamat hari Lahir Buat Mu
kami senantiasa semat di kalbu
"Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu"

-ibnu-
24 Sept 2010

Wednesday, September 15, 2010

Jalan Ke Syurga Buat Wanita


ada wanita yang cuma melihat menjaga diri sendiri dengan penuh rapi
adalah jalan ke syurga
ada wanita melihat mempunyai keluarga dan mendidik mereka
adalah jalan ke syurga
ada wanita melihat jauh ke depan sana dengan perjuangan 
dan kelantangan suara membina dunia
adalah juga jalan ke syurga
ada wanita melihat mampu bersama lelaki berganding bahu
membina dunia baru 
adalah juga jalan ke syurga
mana pun yang dilihat jalan yang pasti tetap nyata
jalan ke syurga buat isteri adalah di sisi suami
jalan ke syurga buat bonda adalah ayanhanda dan anak lelaki
jalan ke syurga buat puteri adalah bersama ayahanda sendiri

-ibnu-

Parti Politik Bebas

Sehingga hari ini, Parlimen mempunyai bilangan ahli parlimen bebas yang cukup untuk membentuk satu gagasan/pakatan parti bebas yang boleh menggugat kedudukan parti pakatan lain iaitu Pakatan Rakyat dan BN. Kelantangan suara Datuk Ibrahim Ali melalui Perkasa cukup memberikan isyarat bahawa pakatan parti bebas boleh menentukan kedudukan parti yang bakal memerintah, samada di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Namun begitu, jika diperhalusi latar belakang ahli parlimen atau ADUN yang menjadi ahli parti bebas, hanya Datuk Ibrahim Ali saja yang boleh berdikari dengan kukuh tanpa sokongan mana-mana parti atau 'betul2 bebas', sementara yang lain nya terlalu rapuh dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk 'terjun' ke pakatan BN sebelum pilihanraya berlangsung. Mereka ini, tanpa menyebut nama, janganlah terlalu yakin akan terpilih menjadi calon, kerana BN juga mempunyai calon2 lain yang berkaliber dan lebih berjasa pada BN.

Apapun, semuanya bakal nampak jelas pada tahun 2011, bila mana semua parti mula mengorak langkah, mencorakkan strategi peperangan, mencari kawan dan lawan, membina isu2 politik, mematahkan serangan demi serangan dan membina pakatan dengan sesiapa saja yang mempunyai ramai pengikut.

Cuma yang bakal membezakan mereka - siapa yang berjuang untuk bangsa, siapa yang berjuang untuk agama dan siapa yang berjuang untuk kedua2nya. Di sinilah rakyat bakal memilih dan membuat pilihan.

Tuesday, September 14, 2010

Raja Kelantan yang baru

Berita Tg Faris Petra dimahsyurkan sebagai Raja Kelantan cukup menggembirakan hati ramai rakyat Kelantan dan mungkin adalah hadiah terbaik sempena Hari Raya Eidul Fitri 1431H buat rakyat negeri Kelantan. Pelbagai peristiwa dan berita tentang pergolakan dalaman Istana Air Mata cukup meresahkan rakyat negeri Kelantan dan dengan termahsyurnya Tg Faris Petra sebagai Raja Kelantan maka di harapkan pentadbiran negeri akan berjalan dengan lebih baik.

Rakyat Kelantan cukup percaya bahawa Tg Faris Petra mampu menjunjung tanggungjawab sebagai seorang Raja yang berjiwa rakyat, adil dan saksama. Rentetan berita sebelum ini banyak menggambarkan lawatan2 ke kampung2, kawasan pendalaman, surau2, masjid2, majls2 ilmu malah turut serta menjadi Imam solat dan pernah menyembelih lembu untuk Hari Raya Qurban. Gambaran ini cukup untuk memperlihatkan Raja Kelantan sebagai Raja yang mempunyai ilmu, warak dan beriman. Semoga keadaan ini akan berkekalan dan melimpahkan lagi rahmah dan barakah dari Allah kepada rakyat dan negeri Kelantan.

Patik Menjunjung Kasih Tuanku.

Daulat Tuanku.

Saturday, August 28, 2010

Khabar Dari Jakarta

Kata teman yang baru balik dari Jakarta semalam, suasana yang ada di Jakarta usah dirisaukan sangat kerana di Jakarta kalau ada duit semua boleh jadi dan kalau dibayar dengan duit maka apa saja boleh dirancang untuk apa saja tujuan.

Maka, katanya, apa yang berlaku di Kedutaan Malaysia itu, adalah emosi sementara saja, bila sudah habis duit belanjanya, pasti akan aman kembali. Diharap tiada lagi pembiaya2 baru yang mahu membayar untuk isu2 yang seterusnya.

Kaget juga ya kita bila perkara sebegini berlaku. Tapi bagi teman saya itu, perkara ini sudah biasa berlaku di Indonesia atau di Jakarta untuk lebih tepat. Kalian usah khuatir...katanya...

Skuad Harimau Malaysia

Bolasepak tetap menjadi daya tarikan kepada semua rakyat Malaysia kerana ianya tetap menjadi sukan no1 yang telah lama sebati di dalam diri setiap rakyat Malaysia. Generasi ke generasi, bolasepak telah diperturunkan supaya menjadi satu minat sebagai pemain atau sekadar penonton. Atas dasar inilah, pencapaian bolasepak negara akan terus menjadi isu sensitif kerana rakyat Malaysia begitu dahagakan kejayaan sebagaimana yang telah dicurahkan oleh pasukan Malaysia pada tahun2 70an, 80an dan awal 90an.
Isu latihan pasukan skuad Harimau negara telah diredakan dengan keputusan pengurusan baru FAM yang akan meneruskan latihan pasukan di Slovakia. Ini adalah satu keputusan yang amat tepat kerana inilah yang terbaik buat skuad Harimau tersebut. Hanya melalui latihan dan pendedahan pertandingan di luar pada kotak dunia bolasepak Malaysia sahaja lah, pasukan ini mampu mempertingkatkan tahap skil, kemahiran berpasukan, semangat berpasukan dsbnya. Skuad Harimau ini mesti dijauhkan daripada terlibat dengan kancah MSL atau liga tempatan kerana ianya akan memusnahkan seluruh kemahiran yang dipelajari semasa di luar negara. Biarlah liga tempatan dengan dunianya sendiri. Biarlah para pemain MSL dengan angan2 mereka sendiri yang hanya untuk memenuhi minat ketagihan mereka pada bolasepak. Sebenarnya, tiada apa yang ada di dalam MSL yang boleh membantu para pemain yang inginkan perubahan untuk menjadi pemain bolasepak yang lebih profesional. Jika inginkan sebuah pasukan negara yang lebih sistematik permainannya dan lebih berkemahiran pemainnya, maka janganlah dilibatkan skuad tersebut ke dalam liga MSL atau liga tempatan. Hakikat tetap hakikat yang perlu ditelan oleh semua pihak termasuk FAM sendiri. Malaysia belum bersedia untuk sebuah liga seperti MSL. Kita memerlukan semua pasukan yang ingin menyertai MSL melakukan perubahan pada pasukan mereka sebelum menyertai MSL. Jika semua pasukan ingin melihat sebuah MSL yang bermutu tinggi maka semua pasukan pengurusan mesti melakukan seperti apa yang dilakukan oleh FAM untuk skuad Harimau. Setiap pasukan mesti dihantar untuk latihan dan pertandingan di luar Malaysia untuk satu tempoh yang agak panjang -supaya semua pemain di dalam semua pasukan dapat merasai bagaimana untuk bermain bolasepak dengan lebih kemahiran individu dan berpasukan. Apabila mereka sudah biasa dengan suasana latihan dan pertandingan luar negara, menentang pasukan yang lebih berkemahiran, maka mereka akan membuat satu perubahan pada diri dan seterusnya pada pasukan. Corak permainan akan berubah apabila skil invidu sudah berubah. Pada tahap ini, tugas Jurulatih akan kembali pada tugasnya yang paling utama-taktikal&strategi perlawanan.

Apabila semua pasukan melakukan demikian dan telah berada dalam tahap yang 'bersedia', maka mereka bolehlah menyertai MSL. Nescaya, selepas itu akan nampaklah satu perubahan besar pada MSL dan akan lebih berkualiti tahap pertandinganya. Cuma tinggal satu lagi masalah yang harus di selesaikan...judi&rasuah...itu pun kalau ada laahhh..

Wednesday, August 18, 2010

Dari DEB ke MEB....

Sekarang sudah bermula era MEB, setelah DEB dilihat telah gagal utk melonjakkan nisbah pegangan bumiputera di dlm bidang perniagaan setelah 30 tahun dilancarkan. Kalau diimbau kembali, DEB tidak gagal tetapi konsep asas aplikasi program2 dlm DEB yg telah membuatkan DEB gagal mencapai matlamatnya. Boleh juga dikatakan DEB gagal kerana sememangnya dirangka untuk gagal atau tidak mencapai 100% pencapaiannya.

Kerajaan, kalau dilihat ada banyak kelebihan jika matlamat DEB gagal kerana mereka mempunyai asas yg kuat utk membentuk perancangan baru dgn target yg baru dgn budget yg baru dgn pengurusan yg baru. MEB sudah terbentuk dgn semua intipatinya sudah dibentangkan oleh PM. Apakah MEB bakal menerima nasib yg sama seperti DEB??? Jika konsep asasnya tidak berubah, maka diyakini MEB akan tetap menjadi juadah pembuka bicara para ahli politik sahaja tanpa ada apa2 impak kepada pencapaian bumiputera.

DEB telah banyak memanjakan org2 kita dgn pelbagai kata2 manis dan 'gula2' sebagai umpan agar kita berani merangkak..atau bertatih jalan..atau supaya kita tidak takut berenang di air. DEB telah lama menjadi pelampung untuk kita berenang ke seberang hinggakan kita malas utk belajar berenang supaya boleh berdikari tanpa pelampung DEB. Kita jadi malas...dan hanyut dgn penuh keasyikan/keseronokan dgn kemudahan2 yg diberikan pada kita.

Apabila kita ada masalah, DEB memberikan jln penyelesaian yg paling mudah, iaitu 'jln pintas' supaya kita cepat jadi kaya, rakyat bahagia, DEB dpt nama dan kerajaan ada bukti utk ditunjukkan pada rakyat bila pilihanraya. Kesemuanya ini berulang kali diputarkan menjadi satu kitaran hingga tamatnya tempoh DEB.

Jika MEB digerakkan di bwh landasan yg sama seperti DEB, maka natijahnya cuma satu-kita masih ditakuk yg sama. Mekanisma baru yg digariskan tidak akan menjadi kenyataan jika MEB masih lagi memanjakan kaum bumiputera dan memingirkan kaum2 lain yg telah lama gagah/kukuh asas perniagaannya. Kerajaan harus berhenti memanjakan org2 melayu dan memberikan layanan yg sama dgn kaum lain. Biarkan mereka bersusah payah dgn sedikit kemudahan supaya mereka akan lebih berani dan lebih fokus utk mencapai matlamat hidup. Biarkan mereka menderita utk satu generasi dan pasti akan muncul satu generasi yg akan datang yg lebih kuat&semangat yg mampu bersaing dgn kaum2 lain dlm semua bidang. Bila dlm kesusahan, mereka akan lebih berfikir, lebih kreatif, lebih menghargai kemudahan yg ada, tidak boros, menjaga harta benda yg ada, menghargai anak2, sentiasa berusaha bersungguh2 dan bekerja kuat utk hidup esok hari.

Itulah yg berlaku pd kaum2 lain dan itulah juga rahsia mengapa kaum lain berjaya tetapi kita gagal utk merapatkan jurang ekonomi yg ada. Jika keadaan ini berterusan, maka dikhuatiri akan berlaku lagi 'Detik 13 Mei' yg akan merobek seluruh kepercayaan rakyat pada negara&undang2.

Monday, August 16, 2010

Dinar&Dirham Kelantan

Dinar & Dirham Kelantan

Kerajaan dikejutkan dengan pengumuman Kerajaan Kelantan tentang pengeluaran dan penggunaan Dinar&Dirham Kelantan. Namun ramai yg berbangga dgn pencapaian ini walaupun kita tahu undang2 negara skrg ini belum membolehkan dinar&dirham dijadikan matawang menggantikan ringgit kertas.

Dinar&Dirham yg dikeluarkan adalah cukup berkualiti, melalui cetakan di World Islamic Mint di Dubai dan mengikut standard yg diperakui oleh World Islamic Trade Organisation(WITO). Di majlis perasmian dinar&dirham ini juga, turut dihebahkan akan skop penggunaan yg semakin meluas melalui proses pinjaman, bayaran zakat, pembayaran gaji, senarai kedai2 yg mengambil bahagian dsbnya.

Tak perlu dibahaskan lagi akan kelebihan/kekurangannya kerana ianya sudah jelas dan nyata bagi org2 yg mampu berfikir. Sama2 lah kita berdoa semoga ianya menjadi realiti.

Sunday, August 15, 2010

Saranan PM tentang Ali&Baba memang tepat

Semalam, PM telah berucap di depan para usahawan bangsa cina dan secara terbuka telah mengutarakan pandangan/harapan beliau tentang konsep kerjasama di antara Melayu & Cina di dalam bidang perniagaan. Beliau telah secara terbuka mahukan konsep 'Ali&Baba' tidak lagi dipraktikkan pada masa ini kerana konsep tersebut sudah lapuk dan negara memerlukan konsep baru yg benar2 mencerminkan 1Malaysia da memberikan manfaat kepada kedua2 pihak untuk jangka panjang.

Saranan/harapan ini memang tepat pada masanya kerana konsep Ali&Baba telah terlalu lama dipraktikkan dengan alasan inilah saja cara yg paling cepat utk melahirkan bumiputera2 yg berjaya di dalam bidang korporat. Ibarat mengambil anak angkat bila mandul, begitulah konsepnya. Bagi kaum cina, ini cukup mudah bagi mereka jika pulangan yg mereka akan dapat adalah setimpal dengan bayaran kepada pengarah2, pengerusi2, dsbnya utk mendapatkan status bumi atau pegangan saham syarikat sebagaimana yg di syaratkan oleh undang2. 

Konsep ini juga menambahkan lagi populariti ahli2 politik yg berjenama, veteran BN, pegawai2 kerajaan yg berpangkat tinggi dan pencen pegawai tentera kerana mereka akan ditawarkan dengan pelbagai jawatan setelah tamat perkhidmatan untuk melengkapkan kuota yg ditetapkan.

Akhirnya, apa yg kita ada sekarang ini? Adakah bilangan syarikat bumi bertambah? Adakah peratus pegangan saham bumi meningkat? Adakah syarikat bumi mampu bersaing dgn syarikat bukan bumi? Adakah golongan bumi yg dilantik dpt mempelajari sesuatu dari bukan bumi? Atau mereka merasa selesa dgn kadar elaun yg ada tanpa perlu berpeluh kerja.....

Konsep Ali&Baba sepatutnya dimansuhkan serta-merta. Sekali lagi, perlu ditegaskan bahawa konsep tersebut telah memanjakan lagi golongan bumi kerana mereka boleh memasuki sektor korporat tanpa perlu bersaing dgn mana2. Hasilnya, kia punya banyak syarikat tapi tak punya kuasa. Kita punya banyak peluang tapi tak berdaya melawan. Kita punya nafsu yg hebat tapi terpaksa tewas sebelum bertarung. Semuanya gara2 konsep Ali&Baba yg tiidak menguntungkan apa2 pd negara.

Monday, August 9, 2010

Penubuhan Klinik Swasta Perlukan Syarat Baru

Sekarang ini sudah menjadi 'trend' para doktor, setelah beberapa tahun bergelumang dgn tugasan dihospital kerajaan atau selepas saja 'terlepas' dari ikatan perjanjian dgn pihak kerajaan terus saja membuka klinik2 swasta  dgn harapan ianya akan lebih menjadikan mereka kaya.

Keberanian mereka menceburi bidang perniagaan amatlah dipuji tetapi jika terlalu banyak klinik2 swasta dibuka, ianya akan menjejaskan mutu perkhidmatan 'kedoktoran' mereka. Mereka akan lebih kepada seorang 'usahawan' daripada seorang doktor. Ini amat merugikan negara kerana negara telah banyak menghabiskan wang untuk melahirkan mereka menjadi seorang doktor tetapi nikmat yg dpt dikecapi hasil dari pelaburan tersebut cukup singkat dan selebihnya negara terpaksa pula membayar khidmat mereka.

Justeru itu, adalah dicadangkan, syarat2 baru perlu dikenakan sebelum seseorang doktor itu dibenarkan mengamalkan 'kedoktoran' mereka di klinik2 mereka. 

Syarat yg pertama ialah dengan hanya membenarkan doktor2 PAKAR sahaja untuk membuka klinik2 persendirian yang mana pengiktirafan kepakaran tersebut hanya dikeluarkan oleh 'Persatuan Doktor2 Malaysia'. Ini akan memastikan hanya doktor2 yg betul2 layak dan berpengalaman sahaja membuka klinik dan sekaligus dapat menjamin kualiti perkhidmatan yg setimpal dgn bayaran yg dikenakan. Syarat ini juga secara tidak langsung akan memanjangkan lagi tempoh perkhidmatan doktor2 dengan pihak kerajaan kerana mereka perlu menunggu pengiktirafan sebagai doktor pakar barulah mereka boleh mengambil jalan sendiri

Syarat kedua ialah dengan memisahkan khidmat nasihat dgn ubat ubatan. Klinik persendirian hanya dibenarkan memberikan khidmat nasihat atau khidmat 'surgery' sahaja dan mengeluarkan preskripsi ubat yg diperlukan. Ubat2 tersebut mestilah dibeli melalui farmasi yg bertauliah oleh pihak kerajaan. Ini akan menjimatkan pengguna kerana kos ubat dapat dikurangkan. Ini memberikan lebih ruang untuk doktor2 pakar tersebut utk menggunakan sepenuhnya ilmu kepakaran yg mereka ada utk men'diagnose' pesakit yg datang mendapatkan rawatan. Syarat ini juga akan membuka lebih banyak ruang utk ahli2 farmasi untuk membina perniagaan sendiri yg sebelum ini dimonopoli oleh klinik2 swasta. Pengguna aka mendapat lebih banyak pilihan yg ada di pasaran dan bukannya menurut apa saja jenis ubat/jenama yg diberikan oleh doktor sebagaimana sekarang.

Seoga mendapat maklum balas yg positif dari pihak yg berwajib dengan cadangan syarat2 tersebut untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kesihatan negara.

Talent Corporation perlukan asas yg kukuh

Sebagai seorang tenaga kerja profesional, hati cukup terguris kerana kerajaan sanggup menghabiskan berjuta2 ringgit dengan menubuhkan sebuah badan kerajaan, di bawah kementerian sumber manusia & jabatan perdana menteri, iaitu Talent Corp yang bertujuan untuk menarik kembali tenaga2 kerja anak tempatan yg bekerja di luar Malaysia supaya bekerja di dalam negara.

Persoalannya cukup mudah, mengapa perlu menganak emas golongan ini yg telah lama kaya raya di luar negara? Apakah sebab utama mereka bekerja di luar negara? Adakah kerana tiada peluang untuk mereka bekerja di dalam negara atau disebabkan daya tarikan gaji yg cukup lumayan yg setimpal dgn kepakaran mereka? 

Realitinya mereka menerima tawaran bekerja di luar negara adalah disebabkan wang atau gaji yg lumayan. Ini cukup membuktikan bahawa mereka lebih mementingkan wang dari segala galanya. Mereka lebih pentingkan wang dari bakti bumi pertiwi. Mereka tiada jati diri atau boleh dikatakan mereka tidak pernah mengenali erti jatidiri pada tanah tumpah darah mereka. Pada mereka, Malaysia tidak pernah melayani mereka setimpal dgn kepakaran ilmu yg dimiliki tetapi mereka lupa, di bmi Malaysia lah juga mereka belajar mengenali erti ilmu yg mereka miliki. Apakah kita harus melayan kehendak golongan ini? Apakah kita yakin wang dpt membeli 'jatidiri' mereka? Apakah kita yakin mereka akan kekal di bumi Malaysia setelah berjaya dibeli?

Kerajaan harus sedar bahawa Malaysia masih lagi mempunyai ramai lagi tenaga2 profesional yg sanggup bermandi darah di bumi Malaysia tanpa pernah terfikir utk berhijrah ke luar negara. Mereka inilah yg sepatutnya dijaga dengan penuh kasih sayang. Mereka inilah yg sepatutnya bernaung di bawah Talent Corp. Mereka telah membuktikan sumpah taat setia kepada negara dan sememangnyalah mereka mendapat pembelaan kerajaan melalui Talent Corp.

Talent Corp juga boleh dikembangkan melalui program2 yg strategik utk melahirkan lebih ramai lagi tenaga2 pakar yg terbilang tetapi mempunyai jatidiri Malaysia. Ramai tenaga2 profesional yg masih muda yg boleh dikembangkan kepakaran mereka supaya setanding dgn tenaga pakar luar dan mereka inilah yg bakal menjadi aset terbaik Talent Corp untuk dieksport ke luar negara dan hasilnya di bawa masuk kembali ke Malaysia. Inilah sepatutnya menjadi asas penubuhan Talent Corp dan bukannya membazirkan wang untuk membeli golongan yg sudah hilang semangat Malaysia nya supaya kembali ke Malaysia.

Talent Corp sepatutnya mengenal pasti dan menyuburkan 'talent' yg ada sebagai aset negara dan bukannya membeli 'talam' masuk ke negara.

Sunday, August 1, 2010

Sajok Oran Kite


Aku berahi kalu ade oran nok mari negeri aku
Negeri hok molek comel lote ni
Hok amang dama sejahtere

Jangang lah dengor kate oran
Mari sediri tengok dengeng mate pale kaki
Baru reti pahang buleh wak nila sediri

Bakpe nok kate ke oran
Hok dok sakot pauk dengen kite
Jage lah bucu kaing pece
Jangang sapa kene siyet kene dere

Oran sining dok brahi kate ko oran
Oran sining dok brahi peteh keting oran
Orang sining dok brahi sekeh pale oran
Orang sining cume nok idup amang

Sining ade sata ade otok otok hok segor
Ade kapok gete hok panah panah
Ade nasik dagang dengeng kuoh ikang aye
Ade jugok lening kopitiang kemamang sekaye
Kalau nok rase sining macang macang ade

Kite banyok minyok tubek ari ari
Ladang pung luah sapa separuh negeri
Kapa kapa pung banyok mari masuk pelabuhang KSB
Kilang kilang berat sereme penuh oran makang gaji
Oran nege dok soh kire sapa berebut nok gi aji
Gitu lah nok kabo royat biar sereme buleh reti

Ambe suke sangat kalu oran nok mari jupe
Ambe sambuk dengeng tangang depe
Marilah tengok negeri ambe


Beauty of Terengganu

Tika Saat Ini

saat ini apa lagi yang di nanti
sendiri menyaksi alam bumi berlari
tanpa mampu mengejar lagi
tenunglah saja diri
katakan apa saja puji
marahlah apa saja maki
ia tetap pergi

saat ini cuma mampu membilang hari
duduklah di tangga seri
dengan tasbih Ilahi
atau cucu menanti
mungkin anak dan isteri
atau mungkin cuma diri
kilaulah kisah tragedi
kenangan abadi -yang muram untuk bersedih hati
kenangan murni - yang indah untuk tersenyum gusi
satu satu bertukar mimpi
tanda tidak akan kembali

saat ini semuanya tiada harga pasti
biarpun harta berjuta diberi
cuma mahu anak isteri
cuma mahu mengadap ilahi
Yang Pasti


-ibnu-
2 Syaaban 1431H

The Beauty of Niagara Falls




The word "Niagara" is derived from the Iroquois Indian word "Onguiaahra"  
meaning "the strait"
There is an international boundary between the United States and Canada.
Before the invention of film, tourists would sketch pictures of the Falls.
The flow was also halted over both falls on March 30th 1848 due to an ice jam 
in the upper river.
The movies Niagara and Superman were filmed in part at the Falls.
In the past ten years, two daredevils lost their lives trying to conquer Niagara. 
In the evenings, intense spotlights bathe the falls with different shades of color.
American Falls
Canadian Falls
Night views of Niagara from Canada
Canadian Falls area is 1/3 inside US boundary