Welcome words for all

different people got different way of looking at some issue..so let us see how different it is...like a blue color...so many misperception of its value..the phrase like 'blue moon'...'blue minded'...'true blue'....'ocean blue'....indicate how misinterpretation would be....the truth of this blue color is what this blog is all about..try to redefine the true meaning of blue...try to look at something from many point of views...let us look at it..

Saturday, July 7, 2012

Suluk&Bajau Di Sabah - Bahagian 1

Keadaan semulajadi negeri Sabah yang dibanjiri oleh golongan Suluk dan Bajau telah membentuk satu bentuk topografi manusia yang banyak mempengaruhi perubahan negeri Sabah sebagai Negeri Di Bawah Bayu.

Golongan Suluk dan Bajau, yang secara geografinya berasal dari kepulauan sekitar Sabah dan Filipina, telah mula mambanjiri negeri Sabah sejak tahun 70an lagi. Mereka telah membentuk komuniti yang besar di daerah Semporna, Tuaran, Lahad Datu dan Sandakan. Kedatangan mereka membawa bersama budaya dan bahasa mereka ke negeri Sabah lantas membentuk satu percampuran etnik budaya di kalangan rakyat Sabah. Kebanyakan cerita yang didengari, penghijrahan kaum Suluk Dan Bajau ini adalah disebabkan oleh keadaan kampung asal mereka yang sentiasa huru hara dan banyak ditenggelami oleh pertempuran antara askar kerajaan dan askar pemisah. Suasana yang aman di Malaysia banyak mempengaruhi mereka untuk berhijrah dan membina kehidupan baru yang lebih stabil tanpa ada rasa ketakutan dalam jiwa mereka.

Banyak pro dan kontra apabila kebanjiran kaum suluk dan bajau berlaku di Sabah. Perubahan yang berlaku di Sabah banyak dipengaruhi oleh faktor kebanjiran ini dan secara amnya ia perlu dilihat dengan lebih prolifik supaya tidak menjejaskan kestabilan dan keamanan negara untuk jangka masa panjang.

Secara politiknya, mereka telah membentuk satu kuasa politik yang agak besar kerana kekuatan komuniti yang dimiliki oleh mereka. Kuasa politik yang ada memberikan mereka satu kelebihan untuk mencari pengaruh di kalangan ahli politik tempatan terutamanya ketika pilihanraya. Apatah lagi jika calonnya adalah dari kalangan mereka sendiri yang pastinya akan mendapat sokongan padu untuk maju ke depan hingga peringkat yang tertinggi. Ini menambahkan lagi pengaruh yang mereka miliki untuk lebih diterima sebagai rakyat pribumi Sabah dan mempastikan hak mereka terpelihara sampai bila bila. Namun begitu, harus diingat juga bahawa mereka berasal dari kawasan yang sentiasa bergolak dan ditindas. Justeru, apabila mereka memiliki satu kuasa politik yang ampuh ada kemungkinan juga mereka akan menuntut kuasa yang lebih besar yang mungkin tidak dapat dipenuhi oleh pihak kerajaan. Mungkin juga kuasa yang ada pada pihak kerajaan tidak mampu menangani kuasa mereka dan mungkin boleh mengakibatkan pertempuran antara kaum berlaku. Harus diingat, jiwa dan semangat mereka masih lagi diselubungi oleh keadaan tempat asal mereka semasa berperang menentang penindasan kaum.

2 comments:

  1. Selepas hampir 6-7 bulan saya disini, kelihatan apa yg dicoretkan oleh penulis adalah benar..bangsa suluk dan bajau merata-rata dinegeri bawah bayu ini..tetapi itu semua tidak memberikan masalah kepada kerajaan pada ketika ini khususnya bangsa-bangsa lain tetapi harus diingat pada masa akan datang...anak dan cucu-cucu kita..yg paling ketara didalam pergaulan adalah bahasa..bagi saya sesebuah negara mempunyai bahasa pengantarnya sendiri berdasarkan majoriti penduduk. Seperti yang kita sedia maklum bahasa melayu adalah bahasa pengantar di negara "MALAYSIA"..tetapi sebaliknya dinegeri bawah bayu..samada didalam pekerjaan, jual beli dan ceramah sekalipun..bahasa suluk dan bajau adalah bahasa rasmi disini..

    ReplyDelete
  2. sy pun bersetuju dgn penulis.lihat saja cara mereka menyelesaikan masalah. acapkali mereka akan menggunakan cara kekerasan dan radikal..(sekadar pandangar peribadi melalui pengalaman)

    ReplyDelete